RAJA HUSSIN SDN. BHD.
merupakan sebuah syarikat berhad menurut syer yang telah diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 5 hb. Julai 1993.
Di awal penubuhannya, syarikat ini dikenali sebagai LANJAN SETIA SDN. BHD. Namun pada 14hb.
Mac 2000, syarikat ini telah menukar namanya kepada RAJA HUSSIN SDN. BHD.
RAJA HUSSIN SDN. BHD.
merupakan syarikat milik penuh Bumiputra yang telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) , Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia.
RAJA HUSSIN SDN. BHD.
merupakan Kontraktor Binaan khusus dalam bidang Kejuruteraan Awam dan Bangunan. Syarikat ini mempunyai tenaga kerja yang mahir
dan berpengalaman dalam bidang Kejuruteraan , Penyelia Tapak dan Bahagian Pentadbiran. Di samping itu juga RAJA HUSSIN
SDN. BHD. mempunyai kemudahan oberdraf dari bank-bank tempatan dan kemudahan kredit bahan binaan yang mencukupi dari pembekal-pembekal
utama untuk perlaksanaan sesuatu projek.
RAJA HUSSIN SDN. BHD. adalah syarikat
yang sedang berkembang maju, merancang secara serius untuk membangunkan sebuah organisasi perniagaan milik penuh bumiputra
yang berdaya saing di dalam era teknologi. Dengan pengalaman yang ada dan sokongan dari pelbagai pihak, kami berkeyakinan
dan percaya hasrat untuk kecemerlangan bumiputra ke arah Wawasan 2020 akan tercapai.